Project #46 Cheezy Pudding Triffle

Bahan Cream Cheese Yogurt:-
100gm Cream Cheese
1tab Yogurt Blueberry (135gm)
 1/2 Bji Perahan Jus Lemon
Parutan Kulit Lemon
 Pukul cream cheese sehingga kembang. Kemudian masuk yogurt sedikit demi sedikit agar adunan tidak berketul. Kacau sebati. Masukkan  parutan kulit lemon & perahan jus lemon. Sebatikan dan ketepikan dahulu.

Bahan Kastad (cair sahaja):-
 1cwn Susu Cair
1 - 1 1/2cwn Air
1sb Tepung Kastad
2sb Gula
1sk Esen Vanila
Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau sebati. Masak bahan tersebut atas api kecil sehingga sedikit likat atau sehingga tepung masak. Tutup api dan masukkan ke dalam bekas yang lain, ketepikan. Biarkan sejuk.

Bahan Lapis:-
1unit Kek Gulung/Swiss roll
Blueberry Filling
Koktail Buahan Campuran @ Buah Blueberry
Biskut Cheese

Cara Melapis
 Susun Kek Gulung ke dalam bekas, lapiskan dengan kastard. Susun biskut cheese atas kastad tersebut dan lapiskan pula dengan Blueberry  Filling. Taburkan Koktail Buahan Campuran dan tuangkan Cream Cheese Yogurt diatasnya. Ulang proses melapis ini sehingga selesai. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidang..

Comments

Popular Posts