Project#150 Kuih Ketayap & Inti Kelapa

Assalamualaikum

Mood rajin mari..pagi-pagi lagi TS dah buat INTI KELAPA..inspirasi dari blog Azlita Masam Manis. Resepi TS dah olah dan ubah dalam sukatan cawan, so senang korang nak cuba nanti. By the way inti kelapa ni boleh buat inti untuk kuih koci, kuih ketayap/gulung/dadar, bun kelapa, kuih bom bijan, pau goreng & macam-macam lagi la..TS buat kuih kulitnya berbelang-belang agar nampak lebih moden dan menarik. Nanti TS kongsikan cara nak buat corak macam tu. By the way jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

INTI KELAPA
1bj Kelapa Parut (ambil putih sahaja)
3/4cwn Gula Merah
1/4cwn Gula Putih
1sk Tepung Jagung (bancuh dengan sedikit air)
1 1/2 cwn Air
1helai Daun Pandan
3ktm Bunga Cengkih (jika suka)
Sedikit Garam
Masukkan air ke dalam kuali bersama gula merah dan putih  serta daun pandan dan masak sehingga gula larut. Kemudian TS tapis dulu air gula ni sebab biasanya gula merah ni bercampur bendasing. So kita tapis dan masukkan semula dalam kuali. Masukkan kelapa parut, garam, cengkih dan juga bancuhan tepung jagung. Masak sehingga airnya kering. Dah siap ketepikan dan biarkan sejuk sebelum digunakan.

KUIH KETAYAP
Bahan untuk kulit:
2cwn Tepung Gandum
1sk Tepung Jagung
2cwn Air Pandan (blend 2-3helai daun pandan dengan 2cwn air dan tapiskan)
1bj Telur
1sb Minyak Masak
1sk Garam
Pewarna Hijau
Semua bahan di atas dimasukkan dalam blender dan kisar sehingga rata dan halus. Tapiskan ke dalam bekas. Ok itu je, dah boleh masak kulit dia.Cara masak sama macam masak lempeng@crepe. Gunakan non stick pan. Kalau tak ada boleh sapu sedikit minyak pada kuali supaya tidak melekat. TS suka buat nipis-nipis. Baru gulungan cantik. Terpulang korang nak buat tebal ke nipis, tapi gunakan api yang perlahan ye..
Kalau nak buat jadi berbelang macam gambar paling atas tu, asingkan sedikit bancuhan tu, dan masukkan pewarna kegemaran anda.
Mula2 ambil adunan berwarna dahulu dan buatkan bulatan 🌀 macam ni. Bila adunan ni dah kering baru masukkan adunan hijau seperti biasa. Sebenarnya macam2 corak korang boleh buat ikut kretiviti masing2..
Cara nak gulung pula boleh tengok gambar kat bawah:

Selamat Mencuba..😄



Comments

Popular Posts