Project#147 Tepung Goreng Rapuh/Cucur Garing & Sos Pencicah

Assalam..
Pagi ni TS masak CUCUR GARING…
haha..sebab apa panggil cucur garing, sebab bila sejuk pun cucur ni masih lagi garing tau. TS cicah dengan SOS PENCICAH homemade. Selain buat cucur adunan ni boleh buat tepung salutan untuk korang goreng pisang, cempedak, sukun..nak goreng ikan pon bleh tau..goreng keropok bayam pon bleh, eh nak goreng macam-macam pun boleh la..macam mana nak buat adunan supaya garing macam tu, korang boleh tengok caranya kat bawah ye..tapi yang TS buat sikit je, kalau nak banyak gandakan sukatan. Resepi, tepung gorengan, cucur garing dan sos pencicah ada di bawah ni:

TEPUNG GORENGAN RAPUH
Bahan-bahan:
1cwn Tepung Gandum
1/3cwn Tepung Beras/jagung (TS guna tepung beras)
+-1 1/3cwn Air (lebih kurang)
Garam & serbuk kunyit secukupnya
+-1/2senduk Minyak Masak yang Panas

Caranya:
Panaskan dulu minyak untuk menggoreng. Sementara nak tunggu panas, masukkan tepung gandum, tepung beras, air, garam dan kunyit. Kacau sebati. Memang agak cair adunannya tapi jgn terlalu cair pulak, nanti tak lekat pada bahan gorengan, boleh tambah sedikit tepung ya jika terlalu cair.
Bila minyak tadi dah panas, ambil lebih kurang setengah senduk, masukkan dalam adunan tepung dan kacau segera hingga adunan menjadi licin semula.


Ok bila dah siap, boleh mula goreng pisang, cempedak, sukun n apa2 la yang korang nak goreng.

Untuk buat CUCUR GARING korang tambahkan bahan-bahan seperti di bawah:
Carrot (parut)
Bawang Besar (dadu)
Daun Sup (hiris)
Cili Besar (hiris)
Ikan Bilis (tumbuk)@ Kiub Ikan bilis
Ataupun boleh masukkan bahan lain yang korang suka, kucai, taugeh, daun bawang dll..

Masukkan semua bahan dalam tepung adunan tadi…kacau sebati dan boleh digoreng. Gunakan sudu untuk goreng adunan. Adunan akan jadi nipis dan lebar. Goreng sehingga perang ye, baru la garing. Adunan yang tak habis boleh simpan dalam peti ais. Bila nak guna, keluarkan, kacau dan boleh terus goreng…nyum..nyum…

Tak complete kalau makan cucur tak ada pencicah kan, jom buat.
SOS PENCICAH
2sb Cili Kisar
1Ulas Bawang Putih (ketuk)
1sb Cuka
3sb Gula (kalau tak nak manis sgt boleh kurangkan)
Garam
1/2cwn Air
1/2sk Tepung Jagung
Bijan untuk hiasan

Masukkan cili kisar, bawang putih, cuka, gula dan garam ke dalam kuali/periuk. Masak sehingga semua larut dan mendidih, kemudian masukkantepung jagung yang dibancuh dengan air, masak sehingga sos agak pekat. Kemudian boleh angkat dan taburkan bijan. Done..
Selamat Mencuba ya semua…



Comments

Popular Posts