Project#149 Karipap (inti kentang & daging)

Assalam..
Jom kita buat karipap. TS suka buat lebih, nanti frozenkan. Bila-bila nak makan senang, stok dah ada..kalau ikut sukatan adunan di bawah TS bolehdapat lebih kurang 30 biji ++ karipap.
KARIPAP KENTANG & DAGING
Inti Karipap
1bj Ubi Kentang (besar)..kalau kecil guna la 2-3bji ya.-potong dadu
*boleh juga gunakan ubi keledek.
100g Daging Cincang (tak nak letak pun tak pe)-boleh juga ganti dengan ikan bilis/ayam
1bj Bawang Besar
2-3ulas Bawang Putih
1/2in Halia
2tgkai Daun Kari (tak de pun tak pe)
1sb Cili Kisar (kalau nak pedas korang tambah lagi ye)
1sb Serbuk Kari
Garam
Gula
Air Asam Jawa

Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari. Tumiskan bersama cili kisar dan serbuk kari sampai naik minyak dan pes jadi seakan berketul. Kemudian masukkan daging cincang, masukkan sedikit air jika terlalu kering. Biarkan tergoreng seketika barulah masukkan ubi kentang/keledek. Kemudian masukkan air, jangan terlalu banyak, masak sehingga ubi kentang/keledek betul-betul lembut. Kemudian barulah masukkan air asam jawa, gula dan garam. TS suka buat intinya sedikit manis. Masak sehingga intinya agak kering supaya senang untuk dimasukkan ke dalam kulitnya nanti, kalau terlalu basah nanti susah nak kelim kulitnya. Ok bila dah siap boleh angkat dan biarkan sejuk dahulu. Sementara tu boleh buat kulitnya.

Kulit Karipap
2cwn Tepung Gandum
2 ½sb Marjerin/Minyak Masak (cair/ panas)
Garam
Air
Masukkan tepung dan garam, kacau rata. Panaskan minyak/marjerin. Bila dah panas, masukkan ke dalam adunan tepung, gaul dengan garfu. Bila dah agak suam, boleh gaulkan dengan tangan sehingga tepung jadi seperti serbuk roti (ketul kecil-kecil). Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli tepung sampai jadi doh lembut, tapi tak melekat di tangan. Kalau terlebih airnya boleh tambah tepung sehingga dapat doh yang tepat.Kemudian canai doh. TS canai nipis supaya boleh kelim dengan cantik. Lepas canai boleh tekap dan masukkan inti dan kelim. Buat sehingga habis.
Taburkan sedikit tepung pada dulang supaya karipap tak melekat antara satu sama lain ketika disusun. Bila dah siap boleh la digoreng. Minyak jangan terlalu panas ketika menggoreng, supaya kulitnya tidak menggerutu..hihi..
Kalau tak habis digoreng boleh frozenkan untuk masak kemudian. 

Cara untuk frozen:
Susun karipap dalam dulang kemudian masukkan ke dalam peti ais (tempat beku) biarkan dalam 30min-1jam. Bila dah sedikit beku/keras, baru masukkan ke dalam bekas bertutup. Tujuannya dibekukan tu supaya karipap ni tak melekat antara satu sama lain bila disimpan. So tak perlu nak lapis dengan plastik atau kertas dan lain-lain. Boleh masuk terus dalam bekas dan boleh lapis-lapiskan. Macam dlm gambar tu. Bila nak guna, keluarkan dan boleh terus masak, tak perlu defrost ye…
Ok korang ada masa nanti cubalah ye…

Sumber resepi: My mom..😄

Comments

Post a Comment

Popular Posts