Project#146 Tomyam Putih

Assalam
Harini terasa nak makan tomyam..tapi x de pulak perencah..so masak TOMYAM PUTIH je..tak sangka mabelezzz sangattt...mcm biasa la kalau buat tomyam ni bahan dia banyak, tapi TS guna apa yang ada je...hihi..jom tengok resepi
TOMYAM PUTIH
1mangkuk Ayam
5ulas Bawang Putih-ketuk
2btg Serai-ketuk
3bj Cili Padi (kalau nak pedas tambah la ye)-ketuk
5-6hli Daun Limau Purut (buang urat tengah -nanti pahit)
1in Halia (ketuk)
1/2in Lengkuas (ketuk)
6-8bji Limau Kasturi (ambil jus)
1sk Susu Pekat Manis
Garam
2cwn Air

Sayuran:
Carrot
Celery
Bunga kobis
Brokoli
Cendawan (TS guna enoki)
Tomato
Bawang Besar (potong bulat)
Daun Ketumbar
*terpulang la nak masuk sayuran apa yang korang suka. TS masuk carrot, tomato dgn cendawan je..hihi

Ok cara nak buat senang je..masukkan air ke dalam periuk bersama bawang putih, cili padi, halia, lengkuas, daun limau purut dan serai. (TS tak buat pedas so cili padi TS masuk last sebelum tutup api). Biar semua mendidih baru masukkan ayam. Biar ayam betul2 masak. Masukkan garam. Kalau tak cukup airnya boleh tambah. Masukkan sayuran keras. Bila dah separuh masak masukkan sayuran yang agak lembut. Masukkan juga jus limau kasturi dan susu pekat. Seimbangkan rasa..mesti masam, pedas & manis skit. Time masuk susu tu dia berbuih sikit tau..bila semua dah masak boleh la angkat..tabur daun ketumbar..huuu mabeles korang....

Comments

Popular Posts