Project#148 Sayur Lodeh



Assalam..
Harini TS masak Sayur Lodeh. Sayur ni biasanya dimakan dengan nasi impit bersama sambal kuah kacang. Boleh buat untuk breakfast atau minum petang. Untuk lunch or dinner pun boleh..tak salah pun..Tapi harini TS buat lauk untuk makan dengan nasi je. Jom tengok bahan dan cara nak buat:
SAYUR LODEH
Bahan Kisar:
2bj Bawang Besar
4ulas Bawang Putih
2in Halia
1in Lengkuas
2btg Serai
2sb Udang Kering
3bj Buah Keras (tak de pun tak pe)
Kisar semua bahan sehingga halus, dan ketepikan dahulu. Sediakan sayuran

Sayuran

Carrot
Fucuk & Soon (direndam sehingga lembut)
Kacang Panjang/Buncis
Kubis
Udang
Tahu -goreng
Tempe-goreng

Lain-lain bahan
1 1/2cwn Santan
Serbuk Kunyit
Garam
Lada Merah Besar (hiris)

Cara masak sangat mudah. Masukkan bahan kisar dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan santan serbuk kunyit dan garam. Kacau danbiarkan mendidih. Pastikan santan tidak pecah.
Masukkan carrot dan fucuk dahulu. Bila dah separuh masak, baru masukkan kubis dan kacang panjang/buncis, soon dan juga udang. Masak seketika kemudian barulah masukkan tahu dan tempe yang telah digoreng dan juga lada merah besar. Sesuaikan rasa dan boleh tutup api, angkat dan hidangkan.

Jika guna santan kotak, caranya begini ya:
Masukkan air dahulu selepas bahan tumis mendidih. Tapi tak perlu terlalu banyak, cukup sekadar untuk masak sayur, nanti kuah terlalu cair, kurangsedap. Kemudian masak sayur seperti cara di atas. Masukkan santan dahulu sebelum masukkan tahu dan tempe yang telah digoreng. Santan kotak ni dia mudah pecah ketika dimasak, jadi kita masukkan pada waktu akhir dan pastikan tidak mendidih dengan kuat. Kalau masuk dari awal, kena kacau sentiasa, dan kena guna api yang kecil, jadi lambat pulak nak tunggu bahan-bahan tu masak.

So korang boleh la cuba…

Comments

Popular Posts