Project#145 Kuih Dangai

Assalam..
Harini baru nak taip masuk resepi KUIH DANGAI atau ada yang panggil rangin...senang sangat nak buat..sebenarnya dah lama buat kuih ni, bila nampak kawan kat FB post pasal kuih ni baru perasan resepinya belum ada dalam blog..hihi..
Untuk pengetahuan korang kuih dangai ni famous kat area Johor (kalau tak silap)..Sepatutnya kuih ni dimasak dalam acuan khas..tapi disebabkan tak ada acuannya jadi kita masak aje dalam loyang..

Bahan-bahannya:
6cwn Kelapa Parut (ni lebih kurang 3 biji kelapa)
2cwn Tepung Pulut
1cwn Gula
Sedikit Garam

Campur semua bahan dan gaulkan sampai sebati. Tak perlu tambah air ye. Sukatan ni muat loyang 10x10. Tak perlu oles minyak pada loyang. Masukkan bahan yang dah digaul sebati dan ratakan. Tak perlu tekan padat, sikit-sikit je..kemaskan supaya muat dalam loyang tu. Memang penuh loyang tu, tapi bila dah bakar nanti dia akan turun. Bakar pada suhu 180* selama 40minit. TS suka garing kat bahagian atas dia, so bila dah siap bakar, TS buka api atas sahaja dan bakar lagi 5-10minit..ok bila dah siap boleh ngap…makan suam-panas tu memang heavennnnn laaaaa…
Selain masak dalam loyang, korang boleh jugak masak dalam sandwich maker & periuk ajaib..tapi bg TS kalau sandwich maker tu leceh sikit sebab kena bakar sikit-sikit. Kalau dalam periuk ajaib tu pulak tak ada timer, takut terhangus plak..tapi terpulang la cara mana yang korang suka.. nanti korang cuba eh..

Resepi TS ambil dr Sirap Limau dlm Group Masak Apa Hari Ni (mahn) di FB..😉

Comments

Popular Posts