Project#129 Mi Kering Goreng ala Indomie

Assalam..
Kali ni tak sempat nak berceloteh panjang coz ada beberapa resepi yang masih pending. By the way nak story sikit, TS suka makan mi segera Indomie..since ada beli mi kering, TS decide to cook this menu for breakfast..so easy & healthy..yet lagi sedap then Indomie tu..as prove petang tu TS kena masak sekali lagi utk dinner pulak…see, sedap la tu maknanya…haha..this recipe is my own invention tau…

MI KERING GORENG ALA INDOMIE

2kpg Mi Kering
5ulas Bawang Putih (cincang)
1/2bji Bawang Besar (cincang)
3kpg Lada Kering (gunting menyerong-terpulang nak kurang atau lebih)
1cwn Isi Ayam (potong kiub)
2Sb Sos Tiram
1sb Kicap Manis
Garam
Lada Sulah
Sayuran jika mahu..

Mi kering direbus dahulu, toskan airnya dan ketepikan dahulu. Sementara itu tumiskan bawang putih, dan merah hingga naik bau, kemudian masukkan cili kering. Goreng sebentar saja, kemudian masukkan ayam. Goreng sehingga ayam masak dan naik minyaknya. Masukkan kicap dan sos tiram serta garam (sedikit saja). Kemudian diikuti dengan mi kering. Gaul sehingga rata. Masuk sayuran jika suka. Tambah sos atau kicap jika kurang. Taburkan lada sulah secukupnya dan gaul sebati. Hiaskan dengan daun bawang, sedia dihidangkan…



Comments

Popular Posts