Project#134 Mi/Bihun Kari
Assalam..
Gara-gara gambar mi kari lalu di wall fb semalam, terasa macam nak buat la pulak. So, pagi ni pergi Tesco beli bahan…disebabkan ada yang tak makan mi kuning, TS guna bihun, jadi namanya kena tukar
BIHUN KARI
Sukatan TS buat ni sikit je tau, untuk 2-3 orang je..
Bahan-bahannya:
200g Bihun (terpulang nak guna mi jenis lain pun boleh)
10btg (TS lebih suka guna Pak Choy sbb rangup..)
1mgkuk Taugeh
Semua bahan di atas direbus/celur dulu sampai lembut, toskan dan ketepikan sementara menyediakan kuah kari.
Bahan Kuah
1bj Bawang Besar
3ulas Bawang Putih
1in Halia
1/2in Lengkuas
2btg Serai
1sb Cili Kisar (tak letak pun tak apa tp kalau nak pedas letak la banyak lagi)
5sb Serbuk Kari Ikan/Ayam (TS guna kari ikan lebih kuat rasanya)
2tgkai Daun Kari (TS tak letak pun..lupa..hihi)
1mgkuk Isi Ayam (kalau nak guna ayam dgn tulang pun boleh, potong kecil-kecil ya)
4cwn Air (kalau tak cukup boleh tambah)
1kpg Asam Keping
1/2cwn Santan
Garam
Gula Melaka/Merah/putih (mana2 pun boleh-TS guna gula melaka)
Kiub Ayam@perasa (jika suka)
Fishball dan fishcake (terpulang nak letak banyak mana)
Kisar bawang merah, putih, halia, lengkuas dan serai kemudian tumis bersama serbuk kari dan cili kisar sampai naik minyak. Masukkan daun kari dan ayam. Goreng sekejap je, nanti takut isi ayam jadi keras, kemudian masukkan air dan asam keping. Bila dah mendidih, masukkan santan, garam, gula dan perasa. Kacau dan seimbangkan rasanya. Bila semua dah ok, baru masukkan fishball dan fishcake, masak sekejap je, (tak nak sampai jadi kembang. )..then boleh tutup apinya..Hidangkan dengan bahan-bahan yang telah direbus/celur tadi dan bahan hiasannya seperti di bawah:
Bahan Hiasan
Lada Merah
Bawang Goreng
Daun Bawang
Boleh juga tambah telur rebus ,dan perah limau kasturi untuk lebih ummphh!!...
Korang boleh tengok video cara buat mi/bihun kari yang simple kat bawah:
Kredit to Buat Orang Lapo
Selamat mencuba..😉
Comments
Post a Comment