Project #131 Rice & Broccoli with Meat & Homemade Blackpepper Sauce
Assalam,
Rasa nak makan yang ringkas je harini…bukak peti ais ada sedikit daging beku..terbayang daging dgn blackpepper sauce..bukak bahagian sayur ada seketul brokoli..carrot (yang kononnya nak buat carrot cake..haha)..hem..pikir punya pikir..ting…Nasi nak campur brokoli..pas tu nak rebus je daging dan buat blackpepper sauce…settle..makanya jadi la tajuk yang panjang ni…
RICE & BROCCOLI with MEAT
& HOMEMADE BLACKPEPPERSAUCE
Rice/Nasi
1 ½ cwn Beras
½ cwn Beras Pulut
Garam
1mgkuk Brokoli (ambil kepala saja-boleh rujuk gambar)
Serbuk Lada Sulah
Butter/marjerin
TS campur beras pulut untuk dapatkan nasi yang agak melekit. Tanak atau masak nasi macam biasa, Cuma kurangkan sedikit saja airnya dari biasa..tak nak jadi terlalu lembik sebab pulut ada kanji yang banyak. Masukkan garam secukupnya, biar ada rasa masin-masin sikit. Bila nasi dah mula kering masukkan brokoli dan serbuk lada sulah, gaul rata. Nasi dah masak nanti baru masukkan butter. Nasi macmn ni sedap dimakan waktu panas sebab ada butter, kalau dah sejuk rasa macam agak berminyak dan agak muak.
P/S: TS cuma gaulkan butter pada nasi yang nak di makan aje..yg selebihnya nanti bila nak makan baru TS panaskan semula dan baru letak butter lagi..
Daging & Sayuran
Untuk daging TS guna yang beku je, bukan batang pinang..hihi..lebih kurang 200g je..keluarkan dari tempat beku terus je rebus. Bila aisnya dah tak ada, TS angkat dan hiris nipis supaya cepat empuk. Masukkan semula ke dalam air rebusan tadi dan masukkan sedikit garam, masak sehingga empuk. Bila dah empuk keluarkan dan rebus pula carrot (potong panjang) dan juga batang brokoli (tadi kepalanya dah masuk dalam nasi..jangan buang batangnya..sayang). Angkat dan toskan bila dah lembut.
P/S: Air rebusan jangan dibuang, boleh guna untuk buat sos nanti
Homemade Blackpepper Sauce
1bj Bawang Besar
5ulas Bawang Putih
2sb Butter
1sb Tepung Jagung (bancuh air panas)
2 1/2cwn Air rebusan Daging (kalau tak ada, air biasa pun boleh)
1sk Serbuk Lada Hitam (kalau nak lebih tajam rasanya boleh tambah)
1/4 Kiub Ayam
1sk Sos Tiram
Bawang besar dan putih dikisar halus. Masukkan butter ke dalam kuali dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga keperangan. Kemudian masukkan tepung jagung masak sehingga kekuningan atau perang. Jika berketul, masukkan sedikit air panas. Kemudian masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan sos tiram. Kacau rata dan seimbangkan rasa. Masak sehingga sedikit pekat. Sos akan jadi jadi lebih pekat apabila sudah sejuk. Sekiranya sos berketul, boleh tambah sedikit air dan kisar, kemudian masak semula.
Comments
Post a Comment