Project#132 Carrot Cake (best ever)
Assalam..
Bila bahan tu cukup, mula la nak membaking..afterall dah niat nak bagi kawan-kawan merasa CARROT CAKE..this time ada secret ingredient yang buatkan kek ni jadi best ever..hihi…recipe is about the same dengan Carrot Cake yang TS pernah buat dulu, tapi yang ni lagi sedap & most recommended, according to my taste la ye…here’s the recipe of
BEST EVER CARROT CAKE
Bahan Basah:
3cwn Gula Halus (TS kurangkan kpd 2 3/4cwn je)
3bj Telur
2cwn Carrot/lobak merah (parut)
1cwn Nenas tin (toskan dan hancurkan)
1 1/4cwn Minyak Sayuran (minyak masak pun boleh)
Bahan Kering:
3cwn Tepung Gandum
1sk Garam
1sk Baking Soda
2sk Serbuk Kulit Kayu Manis
Masukkan semua bahan basah dalam sebuah bekas dan kacau sehingga semuanya sebati (tak perlu sampai kembang) Kemudian ayak semua bahan kering ke dalam bekas bahan basah tersebut. Kacau semua sehingga betul-betul sebati. Sapukan sedikit minyak pada bekas pembakar, dan tuang adunan. Bakar pada suhu 175⁰C selama lebih kurang 50-60minit.
Frosting/Topping
250g Cream Cheese
4-6sb Susu Pekat (bergantung kepada selera)
Kepingan Badam
Masukkan cream cheese dan susu ke dalam mixer, putarkan sehingga kembang. Sapukan pada kek yang telah sejuk. Jangan sapu masa panas, nanti cair cheesenya..taburkan kepingan badam yang telah disangai sebagai hiasan. ..untuk cheese TS lebih suka kalau ada rasa sedikit masam, sebab kek dah manis, so rasanya akan jadi lebih seimbang..
Selamat mencuba..
Comments
Post a Comment