Project#59 Stu Ayam Tomato

Bahan-bahannya:-
6-8ketul Ayam
2sb Tepung Gandum
1labu Bawang Holland ( Potong kasar)
3bj Tomato (potong )
3sb Tomato Puri
2bj Ubi Kentang (potong)
Air secukupnya
Garam
Gula Merah
Serbuk Oregano

Caranya: Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang holland. Sementara itu, gaulkan ayam dengan tepung. Apabila bawang sudah layu, masukkan ayam. Biarkan ayam tergoreng sehingga bahagian luar sedikit berkerak. Kemudian masukkan tomato, air, tomato puri dan ubi kentang. Tutup dan biarkan merenih.  Apabila ubi kentang sudah empuk, masukkan gula merah, garam dan serbuk oregano. Seimbangkan rasanya. Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan sedikit taburan daun pudina. Sesuai dimakan dengan nasi mahupun roti…

Comments

Popular Posts