Project#52 Masak Kicap Hati Lembu
Bahan-bahan:-
400g Hati Lembu (hiris)
2ktm Bunga Lawang
3bj Buah Pelaga
1btg Kulit Kayu Manis
1bj Bawang Merah-hiris bulat
2sb Kicap Pekat
2sb Kicap Manis
1sb Kicap Cair
3sb Cili Kisar @ Cili Kering Potong
1sk Serbuk Lada Hitam
1sk Serbuk Lada Putih/Sulah
Garam
Gula
Air secukupnya
Bahan Kisar:
1bj Bawang Besar
3ulas Bawang Putih
4cm Halia
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Setelah wangi, masukkan bahan kisar dan cili kisar/cili kering potong, tumiskan sehingga terbit bau. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan kicap manis serta sedikit air. Masukkan juga bawang yang telah dihiris. Biarkan mereneh seketika. Masukkan pula hati lembu dan masak sehingga hati empuk. Jangan masak terlalu lama kerana hati akan menjadi keras. Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan lada putih/sulah. Perasakan dengan garam dan gula. Setelah sebati dan seimbang rasanya, tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Comments
Post a Comment