Project#56 Terung Kukus Berinti Sambal Bilis Taucu
Bahan-bahannya:
2bj Terung Unggu (Bulat)
Bahan Inti:-
1/2bj Bawang Merah
1ulas Bawang Putih
2bj Cili Api
Sedikit Halia
Sedikit Ikan Bilis
1sk Taucu
Terung dibuang tangkainya dan dibelah dua. Kukus terung (secara telangkup) sehingga lembut. Setelah lembut korek sedikit isinya dan ketepikan. Sementara itu, tumbuk bawang merah, putih, halia, cili api dan ikan bilis. Jangan terlalu hancur. Tumiskan bahan tersebut sehingga agak garing. Kemudian masukkan taucu dan isi terung tadi. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Sesuaikan rasa. Tidak perlu garam kerana taucu sudah masin. Tambah sedikit gula dan perasa jika perlu. Setelah semua sebati, bolehlah diangkat. Masukkan inti ke dalam terung yang sudah dikorek tadi dan sedia untuk dihidangkan.
Comments
Post a Comment