Project#168 Bubur Lambuk

Assalamualaikum..
6th Ramadan
Harini kita masak BUBUR LAMBUK. Boleh dikatakan antara menu wajib di bulan puasa. Kalau tak masak sendiri, mesti ada orang je orang surau ataumasjid yang beri. Untuk iftar harini kita masak sendiri, ikut style sendiri..hihi
Hemm..baki nasi semalam, direbus semula. Campur isi ikan selayang yang dah siap rebus. Bayangkan kalau masukkan santan..lemak-lemak gitukan..masuk sikit lada hitam, nak bagi pedas-pedas hangat orang kata. Kalau ada bawang goreng, tentu ada rasa manis-manis kan..tabur pulak daun bawang dan daun sup..aduhhh bangkit selera…

Eh, takkan nak berangan je, jom la masak..ni resepinya:
2cwn Nasi
Air

Rebus nasi bersama air, sehingga nasi pecah. Air perlu ditambah dari semasa ke semasa. Terpulang korang nak masak sampai hancur mana. TS taksuka terlalu hancur, biar ada sedikit tekstur kasar. Kalau guna beras pun sama, lebih kurang 1 pot je ni. Cuma masa memasak tu lama la sikit. 
1ekor Ikan Selayang/Sardin (besar)
2kpg Asam Keping
Garam
Ikan Selayang/Sardin direbus bersama asam keing dan garam sehingga masak. Kemudian ambil isinya dan ramaskan sedikit. Ketepikan dahulu.

1bj Bawang Besar
Dihiris dan digoreng. TS suka goreng sampai agak keperangan sebab akan jadi lebih manis. Bila dah siap ketepikan dahulu, jangan buangminyaknya. Boleh masuk bersama ke dalam bubur nanti.
1sb Serbuk Lada Hitam
1/4cwn Santan (lebih kalau nak lemak)
Garam
Stok Ikan Bilis (jika suka)
Daun Bawang (racik)
Daun Sup(racik)

Bila nasi dah pecah, masukkan isi ikan selayang, serbuk lada hitam, santan, garam, stok ikan bilis dan bawang goreng bersama minyaknya. Kalau bubur terlalu pekat, tambah lagi airnya. Kacau rata dan biarkan ia masak seketika. Bila siap boleh tutup apinya dan taburkan daun bawang dan daun sup bila dihidangkan.

TS suka makan bubur ni dengan minyak bawang putih. Dalam gambar paling atas, sebelah mangkuk bubur tu minyak bawang putih. Cara nak buat senang je.
1labu Bawang Putih
Minyak

Bawang putih dihirsi atau cincang, terpulang kepada selera masing-masing. Panaskan minyak di dalam kuali. Guna minyak yang banyak ya. Bila dah panas, masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan. Jangan tunggu sampai perang. Masukkan bawang dan minyak ke dalam mangkuk tahan panas, minyak yang masih panas akan terus memasak bawang tersebut. Kalau dan perang baru nak angkat nanti bawang putih akan terlebih masak dan pahit.

Minyak Bawang putih ni boleh makan dengan macam-macam..nasi, mi, sup, sayur dan lain-lain. Boleh buat banyak-banyak dan jadikan stok. Tak perlu simpan dalam peti ais, sebab boleh tahan lama.

So, resepi dah ada korang cuba la ye…



Comments

Popular Posts