Project#164 Medu Vada @ Ulunthu Vaday

Assalamualaikum
My 1st attempt..MEDU VADA a.k.a Ulunthu Vaday..very nice snack..luv it

MEDU VADA ni snek tradisi dari Selatan India. Dibuat dari urad dhal (kacang dal putih).
*kacang dhal putih yg TS dah rendam

MEDU bermaksud garing dan VADA pula lembut. Sesuai namanya snek ni garing diluar dan lembut di dalam. 
Selalunya disediakan pada majlis dan perayaan penting bagi kaum india. Boleh makan macam tu je atau bersama pelbagai jenis chutney. 
Medu vada ni dipanggil juga uzhunta vada, ulunthu/ulundu vada, urad dhal vada dan black gram vada. 

Okey, jom kita tengok resepi
1cwn Kacang Ulunthu/Urad Dhal (direndam sekurang-kurangnya 4 jam)
1bj Bawang Besar (hiris)
7-8kpg Cili Kering(gunting/hiris)
*Resepi asal kebanyakannya menggunakan Lada Hijau yang dikisar/tumbuk
1sb Jintan Manis (jika suka)
Garam
Air

Caranya:
Kacang yang sudah lembut dikisar tanpa air atau sedikit sahaja air. Cukup sekadar boleh diputar. Ada yang kisar sehingga betul-betul halus dan nampak macam buih. Tapi TS suka ada sedikit tekstur. Jadi TS tak kisar sampai terlalu halus. Bila dah siap kisar, masukkan bahan lain seperti bawang, cili kering jintan dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
Adunan vada ni agak lembik tapi bukan cair atau terlalu berair. Cukup sekadar adunan boleh dibentuk, tapi doh masih melekat ditangan. Jika adunan terlalu kering masukkan sedikit demi sedikit air.

Untuk membentuk doh, basahkan sedikit tangan dan buat doh bulat, kemudian lubangkan bahagian tengah seperti donat. Kemudian terus goreng. Sebaiknya digoreng teggelam. Ulang langkah tersebut sehingga adunan habis. Goreng sehingga keperangan dengan api sederhana.

TS try goreng sikit dahulu sehingga adunan yang TS bancuh sehingga dapat hasil yang tepat. Jangan goreng terlalu lama, vada akan keras dan sedikit liat.

Adunan yang tak habis boleh simpan dalam peti ais. Kalau nak frozenkan, goreng separuh masak dan simpan dalam peti sejuk beku.

Selamat Mencuba..

Comments

Popular Posts