Project#166 Laksa Lemak Nyonya
Assalamualaikum..
4th Ramadan
My iftar menu for today, LAKSA LEMAK NYONYA, also called as nyonya curry noodle. Pertama kali cuba masak menu ni and luckily it turns into exactly how I want it. Happy sangat tau..
Before masak tadi dah terbayang kuah lemak yang lembut-lembut rasanya, manis-manis rasa udang segar. Ditambah udang kering, serai dan lengkuas, untuk penguat rasa. Segala bahan dan rampai dicampur, dikisar, ditumis dan dimasak sehingga kuah pekat. Akhirnya dihirup bersama mi laksa juga ulaman segar. Fuh..memang padu beb..eh..sambal pun ada tau..
Kalau dah tak tertahan nak rasa kesedapan laksa ni, korang kena try buat sendiri, memang puas hati la wei..
Bahan-bahannya:
1/2peket Laksa
Untuk membuat kuah, bahan yang diperlukan adalah:
5cwn Stok Udang
*untuk buat stok udang TS rebus kulit dan kepala udang. Kemudian tapiskan dan simpan airnya
1/2buku Kiub Ayam
5-6tgkai Daun Kesum
1/2cwn Santan Pekat
10bj Fishball
15ekor Udang-sederhana
4-5kpg Tahu Kering
Garam
Gula Melaka
Bahan Kisar:
1bj Bawang Besar
3ulas Bawang Putih
2sb Udang Kering (rendam agar lembut)
1/2in Lengkuas
2tgkai Serai
2bj Cili Besar Merah (kalau nak pedas boleh tambah cili kering)
Sedikit Belacan
Serbuk Kunyit
Serbuk Kunyit
Bahan Ulam:
Timun-hiris
Bawang Besar-hiris
Daun Kesum-hiris
Daun Kesum-hiris
Taugeh- celur
Kacang Panjang-celur
Telur-rebus
Limau Kasturi
Caranya:
Tumiskan bahan kisar sehingga betul-betul garing dan pecah minyak. Ia akan jadi seperti pes yang pekat. Kemudian baru masukkan stok udang ,kiub ayam dan daun kesum. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan gula melaka dan garam. Masukkan santan. Biarkan mendidih dan sesuaikan rasa. Kemudian baru masukkan udang dan fishball. Masak sebentar sahaja sehingga udang kemerahan. Jangan masak terlalu lama sebab udang akan keras. Akhir sekali masukkan tahu kering. Tapi TS tak suka masukkan sekali sebab tahu akan lembik. TS hanya potong dan bila nak makan nanti curah kuah panas, tahu akan lembut. Ok done untuk kuahnya.
Biasanya laksa lemak nyonya ni dimakan bersama sambal yang dipanggil ‘sambal belacan’. Caranya mudah je. Cili Kisar bersama sedikit belacan dimasak sehingga pecah minyak. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Ok done, boleh diangkat. Sukatan seperti di bawah:
4-6sb Cili Kering Kisar
Sedikit Belacan
Garam
Gula
Dah siap semua boleh hidangkan bersama mi laksa dan ulam-ulamannya.
Selamat Mencuba
Comments
Post a Comment