Project#165 Bread Omelette

Assalamualaikum..
Agak kepenatan sepanjang minggu. Namun tercipta kenangan manis bila berkesempatan menyertai pertandingan gubahan tuala dan pertandingan memasak selama tiga hari. Tak tersangka juga dijemput untuk buat demonstrasi masakan. Alhamdulillah semuanya rezeki dari yang maha esa.
Ini salah satu menu demonstrasi masakan yang TS buat, iaitu BREAD OMELETTE. Bahan simple je dan boleh diolah ikut citarasa sendiri. TS pernah kongsikan resepinya secara ringkas dan langkah bergambar dalam facebook TS. Boleh klik sini.

Untuk demonstrasi TS ubah sedikit bahannya, jom kita tegok:

10bj Telur
1/2bj Lada Benggala Merah, Hijau dan Kuning (setiap warna TS guna 1/2bj)-potong kiub kecil2
1bj Bawang Besar -potong kiub kecil2
2sb Mayonis
Sedikit Garam
Daun Sup-hiris halus
5-7kpg Roti (potong Kiub)
Keju

Pukul telur sehingga sebati. Tak perlu sampai kembang. Masukkan semua bahan lain kecuali roti. Kacau sebati. Masukkan dalam non-stick pan/tray pembakar/pemanggang ajaib. Kalau takut melekat boleh sapu sedikit butter atau minyak. Kemudian tabur roti. Kemudian boleh dimasak/bakar.

1) Jika masak atas dapur gas menggunakan non-stick pan/pemanggang ajaib gunakan api yang kecil. Perlu diterbalikkan apabila bahagian bawah sudah masak. Biasanya kalau dalam kuantiti sedikit TS akan masak atas dapur gas je.
Ini TS masak atas dapur gas guna pemanggang ajaib
Ini TS masak atas dapur gas guna non-stick pan

2) Manakala jika menggunakan oven, gunakan suhu 175-180* selama 35min atau sehingga masak (api atas dah bawah). Kemudian 10 min lagi buka api atas sahaja. Gambar paling atas TS bakar guna oven.

Bila dah masak taburkan keju semasa ia masih panas supaya keju cair. Boleh dimakan bersama sos cili atau tomato. Hidangkan semasa masih panas.

Sebenarnya bahan-bahan yang nak dimasukkan boleh diubah, cuma asasnya adalah telur dan roti. Sebelum ini TS gunakan lada besar. Boleh juga guna cili api. Jika nak masukkan daging atau ayam cincang, goreng dahulu ya. Juga boleh masukkan sosej, paperoni, salami.  Roti boleh juga diganti dengan pasta yang siap direbus. Tapi akan jadi pasta omelette la kan. Semua terpulang kepada citarasa anda. 

Hidangan ni boleh dimakan sewaktu sarapan pagi, minum petang atau sebagai snek pada bila-bila masa. Mudah je kan..
Selamat mencuba

Comments

Popular Posts