Project#163 Aloo Curry / Potato Curry

Assalamualaikum..

My lunch today. Naan bread with ALOO CURRY. Apa kebenda aloo curry tuu?? Kari kentang la.. Eh ..ini bukan kari kentang biasa tau..special sebab masak tanpa serbuk kari dan tanpa santan. Mesti korang nak tau kan macam mana cara nak masak. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahannya:
1sk Halba
1sk Biji Sawi
3tgkai Daun Kari
2bj Lada Hijau
1bj Bawang Besar
2ulas Bawang Putih
2sb Cili Kisar
1sb Serbuk Ketumbar
1sb Serbuk Jintan Manis
1sk Serbuk Kunyit
2bj Tomato (cincang)@ boleh guna puri tomato
2bj Ubi Kentang (Besar)-potong kiub
Air
Air Asam Jawa
Garam
Gula/ Gula Melaka

Mula-mula tumiskan halba, biji sawi, daun kari, lada hijau..kemudian masuk bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga layu. Masukkan cili kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk kunyit. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan tomato dan kentang. Goreng sebentar dan masukkan sedikir air. Masak sehingga kentang empuk. Bila dah empuk masukkan air asam jawa, garam dan gula. TS guna guna melaka. Seimbangkan rasa. Rasa masam tu biar naik sikit. Bila semua dah ok boleh angkat dah hidangkan.

Kuahnya memang agak pekat disebabkan kanji yang keluar dari kentang. Kalau tak suka pekat boleh tambah sedikit air. TS suka pekat sebab bercadang nak makan dengan Roti Naan. Hiris sikit bawang dan daun pudina.. wallawei..memang auuummm sangat rasa dia. Selain roti boleh juga dihidang dengan nasi.

Kalau nak try buat roti naan sendiri, boleh klik link kat bawah ye:
 http://sisterscookingproject2.blogspot.com/2017/10/project142-garlic-naan.html

Selamat mencuba 😉






Comments

Popular Posts