Project#159 Sambal Paru
Assalamualaikum..
Agak lemau rasanya harini..masak pun lambat..tapi siap juga SAMBAL PARU.
Bahan-bahannya:
1/2kg Paru /Limpa Lembu
Garam
Kunyit
Paru/Limpa direbus sehingga empuk dan potong. Cara potong ni penting tau, kalau nak goreng bagi garing, korang hiris agak nipis. Kalau nak lembut je boleh potong kiub macam yang TS buat. Kemudian lumurkan garam dan kunyit, goreng.
Untuk sambal, bahan-bahan yang perlu ada seperti berikut:
1bj Bawang Besar
2ulas Bawang Putih
1/2in Halia
6-10tgkai Cili Kering
Belacan (jika suka)
Air Asam Jawa
Garam
Gula
Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili kering serta belacan sehingga halus dan tumiskan sehingga naik minyak dan garing. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula. Bila rasa dah seimbang boleh masukkan paru yang siap goreng tadi dan kacau sebati. Boleh perah jus limau kasturi kalau nak rasa lebih ummpphh..
Sambal macam ni ada yang suka kering dan ada yang suka sedikit berkuah. Kalau nak berkuah boleh masukkan sedikit air dan biarkan mendidih dahulu, baru masukkan paru/limpa
Selamat mencuba..
Comments
Post a Comment