Project #161 Honey Lemon Chicken Popcorn

Assalamualaikum..
Special hujung minggu,
HONEY LEMON CHICKEN POPCORN

Ayam rangup diluar, lembut dam moist je kat dalam. Kena pulak dengan sos honey lemon masam-masam manis tu..aduyaii tak henti-henti masuk mulut.

Tambah lagi ada cherry tomato dengan timun jepun tu..cantik,segar dan rangup..merecik-recik jusnya bila gigit sekali dengan sos tu..hah meleleh wei..

Tak teringin ke??..Jom buat

CHICKEN POPCORN
1mgkuk Isi Ayam (potong kiub)
1bj Telur
Serbuk Lada Sulah
Serbuk Lada Hitam
Garam
Tepung Beras/Jagung
Serbuk Kunyit

Pecahkan telur dan masukkan serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan garam. Kacau sebati. Masukkan isi ayam. Gaul rata.

Sediakan tepung beras/jagung untuk celupan dalam bekas yang lain. Masukkan sedikit serbuk kunyit agar warnanya jadi cantik bila digoreng.Tak perlu masuk air. Biarkan bancuhan kering sahaja.

Panaskan minyak untuk menggoreng. Bila minyak mula panas, golekkan isi ayam ke dalam tepung satu persatu dan terus digoreng. Guna api yang agak besar agar tepung garing dan isi ayam tidak kering. Bila siap ketepikan.

SOS HONEY LEMON
4-5sb Madu (honey)
4-5 Jus Lemon
Garam

Campur je semua bahan dan seimbangkan rasa. Kalau nak lebih masam boleh lebihkan jus lemon, dan kalau nak lebih manis lebihkan madu. Jangan lupa masukkan sedikit garam untuk seimbangkan rasa.

Untuk tambahan boleh letak timun dan ceri tomato juga hirisan bawang besar. Boleh juga masukkan sedikit daun pudina untuk rasa lebih segar. Bila nak makan baru campurkan semua dan gaul rata.

Hidangan ni sesuai dimakan bersama nasi atau boleh dimakan begitu sahaja.
SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular Posts