Project#160 Pasta Muffin

Assalamualaikum..
Dalam kekalutan sempat jugak sediakan PASTA MUFFIN pagi ni. Of course guna eatalian express mixed vege pasta.
Mudah sangat nak sediakan. Jom tengok caranya. Ni TS buat sikit je, dapat lebih kurang 5 biji muffin. Kalau nak buat banyak gandakan sukatan ya.

Bahan-bahannya;
1b Telur
2-3sb Susu (segar/cair)
1/4bj Lada Benggala /lada besar/cili api-kalau nak pedas
1sb Keju Cheddar (parut)
1genggam Pasta (rebus dgn garam dan toskan)

Pecahkan telur dalam bekas dan kacau rata. Kemudian masukkan semua bahan lain dan kacau sebati. Masukkan dalam muffin tin SEPARUH PENUH. Bakar 20min pada suhu 175-180⁰. Jika nak lebih garing di bahagian atas boleh tambah masa membakar 5-10min guna api atas sahaja. Bila dah masak, keluarkan dan segera parutkan keju ke atas muffin sewaktu masih panas.

Ok, kenapa TS tak tabur keju terus kat atas muffin tu sebab TS tak nak keju jadi garing dan keras. Lagi satu, untuk hidangan ini tak perlu tambah garam sebab ada penggunaan keju yang dah ada rasa masin. Lagipun pasta tadi dah direbus dengan garam. Nanti letak garam jadi terlalu masin. Sesuai dinikmati untuk sarapan dan waktu snek. Sangat mengeyangkan sebab ada pasta kat dalam tu..boleh juga kalau nak cicah sos cili..hihi

Selamat mencuba..

Comments

Popular Posts