Project#162 Rendang Paru

Assalammualaikum
Done..RENDANG PARU
korang masak apa?
Lately 'rendang crispy' jadi topik hangat, sebab komen dari Masterchef dari UK (tak ingat nama) comment pasal rendang ayam, skin suppose to be crispy. Tapi ni TS masak rendang bukan pasal isu tu, tapi pasal nak makan..😂😂
Dah jom check it out macam mana nak masak
Bahan-bahannya:
1/2kg Paru/Limpa
Rebus sehingga empuk dan potong kiub.

Bahan Kisar:
2bj Bawang Besar
3ulas Bawang Putih
*2bj Cili Besar (jika tak mahu pedas)
*4bj Cili api ( ikut selera )
* boleh juga gunakan cili kering yang telah dikisar. Hasilnya, rendang akan jadi lebih kemerahan dan sedikit gelap.
1inci Halia
1btg Serai
1/2inci Lengkuas 
(kalau tak ada pun tak apa)
1/2inci Kunyit
(boleh juga gunakan kunyit serbuk)
Daun Limau Purut (jika suka)

Bahan Lain:
Air Asam Jawa
Gula Melaka
Garam
Daun Kunyit (dihiris untuk taburan)

Caranya:
Tumis bahan kisar sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan air asam jawa, gula melaka dan garam. Jika suka lebih berkuah masukkan sedikit air. Seimbangkan rasa kemudian boleh masukkan paru. Kacau sebati dan masak seketika. Biar sedikit pekat. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris dan angkat.

Kali ni TS masak tanpa santan. Kalau korang nak rasa yang lebih lemak boleh masukkan sedikit santan.

Selamat Mencuba..

Comments

Popular Posts