Project#156 Potato Pizza

Assalamualaikum..
Special dinner malam ni…
POTATO PIZZA
Mula-mula kena buat sos dia dulu sebab sos ni nanti kita nak sapu pada base dia. TS buat HOT CHEESE SAUCE atau Sos Keju Pedas..senang je nak buat. Kalau korang ada yang readymade lagi senang..hihi

1/2cwn Susu Cair
1sk Tepung Jagung
2kpg Keju Cheddar
Cili Flake
Garam
*Cili flake boleh buat sendiri. Basuh cili kering dan goreng tanpa minyak sehingga garing (api kecil). Perlu sentiasa perhatikan, jangan sampai hangus, nanti pahit. Dah siap goreng, kisar kering.. Done..
Masukkan susu cair dan tepung jagung ke dalam periuk. Kacau sehingga larut. Kemudian baru letak atas dapur dan masukkan keju dan sedikit garam. Masak sehingga keju cair dan kuah agak pekat. Bila dah tutup api masak baru masukkan cili flake. Ikut tahap kepedasan masing-masing lah ye..ketepikan dulu sos

Untuk topping bahan yang perlu adalah
2kpg Paratha (TS guna Tishas-keluaran bumiputera)
1-2bj Ubi kentang (bergantung pada saiz kentang)
Garam
Serbuk Parika
Serbuk Lada Hitam
Daun Kucai

Ubi kentang hiris bulat/sagat jangan terlalu tebal nanti kentang tak masak, paratha dah rentung. Masukkan ke dalam bekas dan campurkan serbuk paprika dan lada hitam serta garam. Gaul rata. Ketepikan dahulu.
Ambil paratha dan sapukan sos keju tadi, kemudian susun kentang diatasnya. Sapu sedikit minyak atau butter pada tray pembakar dan bakar paratha pada suhu 180 selama 20 minit. Kemudian tukar kepada api atas sahaja, bakar lagi 10minit untuk lebih garing. Taburkan daun kucai yang telah dicincang/hiris kecil…siap..
Nanti bila nak makan boleh la cicah dalam lebihan sos keju tadi..nyum..nyum.
 ..nanti korang cuba ya..

Comments

Popular Posts