Project#155 Mackerel Pasta

Assalamualaikum…
Alhamdulillah, kenyang sudah selepas menikmati MACKEREL PASTA…

Resepinya:
200g Pasta (TS guna Spiral)

Macam biasa rebus pasta sampai lembut dengan sedikit garam dan minyak. Sementara tu sediakan bahan lain.

1tin (kecil) Mackerel
1bj Bawang Besar
5ulas Bawang Putih
5sb Pes Tomato
1hli Daun Bay (jika ada)
Serbuk Lada Hitam
Serbuk Oregano
Garam
Air

Tumiskan bawang besar dan putih sehingga layu, kemudian masukkan makarel bersama kuahnya dan hancurkan sedikit isi ikan tersebut. Tambahkan pes tomato, daun bay, lada hitam dan oregano serta sedikit air. Biarkan mendidih dan menjadi sedikit pekat. Perasakan dengan garam. Kemudian masukkan pasta yang telah direbus tadi dan gaul sebati. Siap dah..tak susah pun kan.

Hidangan ni tak ada sayur, so TS panggang sedikit sayuran seperti brokoli, bunga kubis dan lobak merah.

Caranya, sayuran tadi dibersihkan dan potong agak kasar. Lumurkan dengan garam, lada hitam dan sedikit minyak. TS guna pemanggang ajaib, panggang selama 15 minit dengan api kecil. Bila siap boleh letakkan butter dan gaul rata sementara sayur masih panas.

TS juga sertakan tomato dan salad yau mak tam segar sebagai tambahan.

Hidangan yang senang dan menyelerakan. Selamat mencuba..

Comments

Popular Posts