Project#171 Kaya Puff

Assalamualaikum
Harini TS cuba buat KAYA PUFF dari roti paratha tishas. TS suka roti paratha jenama TISHAS ni sebab lebih sedap berbanding jenama lain yang TS pernah beli sebelum ni. Makan kosong macam je pun tak cukup sekeping, apatah lagi kalau dipelbagaikan cara masakannya. 
Jom tengok macam mana cara nak sediakan kaya puff ni. 
Bahan-bahannya:
2kpg Tishas Paratha
Krim Kaya Secukupnya
Eggwash (1bj kuning telur yang dipukul rata)

Caranya:
Panaskan oven pada suhu 180*C.
Tabukan tepung pada permukaan papan kerja supaya paratha tidak melekat dan mudah untuk dikendalikan. Sapu juga pada jari. 
Potong paratha kepada 2 bahagian. 
Kemudian lipat dan cantumkan atau pada satu bahagian supaya menjadi poket. Untuk lebih kemas boleh sapukan sedikit air pada bahagian yang hendak dicantum.  
Masukkan krim kaya ke dalam poket. Jangan terlalu banyak. TS masukkan lebih kurang 2 sudu besar. Kemudian cantumkan kemas. Macam biasa, kalau nak lebih kemas sapukan sedikit air kemudian baru cantumkan. 
Tekan dengan garfu atau kelim seperti karipap disekeliling paratha.
Ulangi langkah di atas sehingga habis. Susun ke dalam tray pembakar yang dialas kertas pembakar atau disapu minyak. Kemudian sapukan eggwash supaya puff lebih menarik dan menyelerakan.
Bakar selama 20-25minit atau sehingga masak bergantung kepada oven anda. TS bakar selama 3-5minit lagi dengan menggunakan api atas sahaja supaya kelihatan lebih perang dan rangup. 

Kalau nak tau, puff yang belum masak boleh dibekukan. Buat dalam kuantiti banyak dan simpan beku. Bila nak makan nanti boleh terus bakar. Senang kan..

Tips:
Jangan biarkan paratha terdedah terlalu lama. Ia akan menjadi terlalu lembut/lembik dan sukar untuk dibentuk. 

Comments

Popular Posts