Project#77 Asam Laksa Kimchi
ASAM LAKSA KIMCHI
------------------------------
Bahan-bahannya:-
Mi laksa secukupnya- direbus sehingga lembut
Untuk Kuah (untuk hidangan 2 mangkuk)
---------------------
2-3sdb Kimchi
1sb Cili Kisar
1sb Tepung Beras (bancuh dengan ½ cwn air)
Kiub Ikan Bilis
Sos Ikan
Gula
3cwn Air
Awas-awasnya:
-----------------------
Fish Cake
Timun
Bawang
Cili api/ Lada besar
Daun Kucai
Caranya. Masukkan cili kisar bersama air. Biarkan sehingga mendidih. Tambah air jika terlalu sedikit. Kemudian masukkan kiub ikan bilis. Biarlarut seketika dan masukkan kimchi. Masukkan sos ikan dan gula. Seimbangkan rasa. Kemudian masukkan tepung beras untuk pekatkan kuah.Biarkan masak seketika. ..Angkat..
P/S: Lepas masukkan kimchi, segera masukkan bahan-bahan lain. Jangan masak terlalu lama, kerana sayur kimchi akan lembik.
Hidangkan kuah bersama mi laksa dan awas-awasnya. Boleh tambah bahan-bahan lain jika suka.
Selamat Mencuba..
Comments
Post a Comment