Project#74 Premix Coffee Cake & Cream Cheese Topping

Bahan-bahannya:-
3bj Telur (gred A)
1sk Esen Vanilla
1/3cwn Gula
*hati-hati dengan penggunaan gula kerana Premix Coffee sudah mengandungi gula.
1/2cwn Minyak Jagung/ Minyak Masak
2pkt Premix Coffee @ Kopi Pra Campuran
*terpulang kepada citarasa anda-saya gunakan Kopiko LA Coffee
1cwn Tepung Kek
*Boleh juga diganti dengan 1cwn Tepung Gandum +1/2sk Soda Bikarbonat +1/2sk Baking Powder
*Campurkan ketiga-tiga bahan dan ayak terlebih dahulu.
1/4cwn Susu Cair/Susu Segar

Masukkan telur, gula dan esen vanilla. Pukul sehingga kembang. Masukkan minyak dan pukul sehingga betul-betul sebati. Masukkan tepung dan Premix Coffee. Kaup balik sehingga sebati dan masukkan susu. Kacau sebati. Panaskan oven pada suhu 170/180*C. Lenserkan bekas pembakar dengan minyak/butter. Masukkan bekas pembakar ke dalam oven dan biarkan selama lebih kurang 5minit. Kemudian, keluarkan dan barulah masukkan adunan. Tujuannya supaya kek mudah dikeluarkan dari bekas apabila sudah masak nanti. Bakar selama 40minit atau sehingga adunan benar-benar masak. Untuk apstikan adunan benar-benar masak, ambik lidi dan cucuk kek. Jika lidi keluar bersih, bermakna kek sudah masak. Jika masih ada sisa adunan melekat pada lidi, sambung lagi masa membakar dan sentiasa perhatikan kek anda….

Jika mahu menikmatinya bersama topping, boleh cuba Cream Cheese Topping ni:-
125g Cream Cheese (saya gunakan Tatura)
3sb Susu Pekat Manis (tambah jika mahu lebih manis)
25g Butter
1/2sk Esen Vanila

Pastikan semua bahan berada pada suhu bilik. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga kembang dan ringan. Sapukan pada kek setelah kek sejuk. Boleh juga disimpan ke dalam peti sejuk. Pukul semula apabila ingin digunakan…
…Selamat Mencuba…


Comments

Popular Posts