Project#76 Lemon Cranberry Cake
Bahan-bahannya:-
3cwn Tepung Gandum
1sk Baking Soda
1/2sk Soda Bikarbonat
3/4sk Garam
1 1/2cwn Gula Halus
1/2cwn Butter (+-100g)-suhu bilik
3sb Parutan Kulit Lemon
3sb Jus Lemon
1/2sk Esen Lemon
3bj Telur (gred A)
1cwn Buttermilk (1cwn Susu+1sb Jus Lemon)
2cwn Cranberry Kering (cincang)
Sedikit pewarna kuning
Caranya:-
Pukul butter bersama gula sehingga ringan dan gebu. Sementara itu, ayak tepung bersama garam, soda bikarbonat dan baking soda. Ketepikansementara. Bila butter dan kembang, masukkan parutan kulit lemon bersama jus dan esen lemon. Kemudian masukkan telur satu persatu. Pukulsehingga sebati sahaja, tak perlu sampai telur kembang. Setelah itu, masukkan buttermilk dan tepung yang telah di ayak tadi secara berselangseli. Sebatikan. Masukkan pula sedikit pewarna kuning dan Cranberry cincang. Kacau sebati. Masukkan adunan ke dalam bekas pembakar yangtelah disapu butter. Bakar pada suhu 170*C selama 45minit atau sehingga masak.
Comments
Post a Comment