Project#64 Kuih Bakar Pandan

Bahan-bahannya:
1cwn Tepung Gandum
1cwn Gula
1cwn Santan
1cwn Susu Cair
1cwn Air Pandan
*(1cwn Air+4 Helai Daun Pandan-kisar & tapis)
3bji Telur
 2titik Esen Pandan
2titik Pewarna Hijau
1/2sdk Esen Vanilla
Bijan
Sedikit Garam

Kisar sebati semua bahan kecuali bijan. Masukkan ke dalam acuan yang telah dilenser sedikit minyak. Taburkan bijan. Bakar pada suhu 180*C selama 1jam. Potong setelah sejuk.
p/s: Cucuk dengan lidi untuk pastikan kuih benar-benar masak. Tambah masa membakar sekiranya bahagian dalam masih belum masak. Manakala jika mahukan kerak lebih garing, tambah masa membakar dan buka api atas sahaja.

Comments

Popular Posts