Project#60 Eggless Brownies
Assalam
Minggu ni TS buat EGGLESS BROWNIES..(brownies tanpa telur) dan TS dah update sedikit resepinya supaya lebih baik.
Maklumlah resepi2 ni TS simpan untuk dirujuk semula nanti. Bukan semua boleh ingat dalam kepala..hihi..btw korang pun boleh rujuk resepinya seperti di bawah:
Bahan A:
1cwn Tepung Gandum
1sb Tepung Jagung
1/2cwn Serbuk Koko
1/2sk Soda Bikarbonat
Secubit Garam
Bahan B:
3/4cwn Gula
1cwn Susu Cair
1/4cwn Minyak
Hiasan:
Badam Keping
Ayak Bahan A ke dalam sebuah bekas. Di dalam bekas yang lain, campurkan semua Bahan B dan kacau sehingga gulanya larut. Kemudian campur semua Bahan B ke dalam Bahan A, kacau sebati. Masukkan ke dalam bekas yang telah dilenser sedikit minyak. Kuantiti adunan ni sesuai untuk bekas 5"atau 6". Taburkan kepingan badam diatas adunan. Bakar pada suhu 150C selama 15min.
Sekiranya bekas agak kecil dan brownies agak tebal, masa memasak agak lama..tambahkan masa memasak..tapi jangan overcook, brownies akan kering.
Ok, yang ni TS buat macam tower dan letak topping dan sedikit hiasan. Untuk buat tower ni TS gandakan adunan sebab memerlukan banyak keping untuk kita lapis2kan jadi tower. So, yang ni TS bakar dalam loyang 10" selama 30min. Boleh tengok cara nak buat topping seperti di bawah. Sukatan ni sikit je sebab TS cuma drizzle je..x cover sepenuhnya..kalau nak buat cover sepenuhnya untuk topping, gandakan bahan2 ya.
Topping
2sb Butter
½cwn Milk/Dark Coklat (ikut citarasa masing2)
3sb Fresh cream / Fresh milk /Susu cair
2sb Susu Pekat Manis
Masak semua bahan dengan kaedah double boil. Biarkan coklat sejuk dahulu baru diletakkan/drizzle di atas brownies.
Hiasan:
Coklat Cadbury
Coklat masakan putih cairkan (double boil)
Brownies ni sebenarnya lebih sedap jika disimpan semalaman. Sebab bila brownies ni dah mula sejuk, minyak2 dia akan keluar dan membuatkan brownies ni lebih lembab..lagi sedap gituu...ha so apalagi, cuba jangan tak cuba...😋😋

Kalau susu cair tu ganti dengan fresh/fullcream milk boleh tak?
ReplyDelete