Project#42- Apam Lenggang Pandan

 
1 1/2cwn Tepung Beras
1/2cwn Tepung Gandum
1/4cwn Gula
1cwn Air Pandan
(Kisar 2hli daun pandan bersama 1cwn air -tapis)
1 1/2sk Yis
1cwn Santan / susu cair
Sedikit Pewarna Hijau
Sedikit Garam

Masukkan tepung beras, tepung gandum, gula, air pandan, yis, pewarna hijau dan garam ke dalam satu bekas. Gaulkan sehingga sebati. Kemudian perapkan (bertutup) selama 1-2jam . Selepas diperap, masukkan santan/susu cair, kacau sebati.
Cara memasak: Panaskan kuali yang telah disapu minyak menggunakan api yang kecil sahaja. Masukkan satu senduk adunan dan lenggangkan. Adunan akan nipis disekelilingnya dan tebal di bahagian tengah. Tutup kuali dengan penutup agar apam boleh masak sekata. Apam yang sudah masak akan kelihatan berlubang-lubang disekelilingnya dan berwarna perang. Bahagian tengah pula sudah kering. Tidak perlu diterbalikkan. Angkat dan hidangkan. Ulang proses tersebut sehingga adunan habis..

Comments

Popular Posts