SCAMMER PERIUK & TIP GUNA KUALI/PERIUK BARU

Assalamualaikum


Baru-baru ni sistur order kuali dekat Shopee..tapi rupanya scammer. Baru tau rupanya shopee pun ada scammer eh..kemain la seller dok update barang dah ship, dah naik kapal, dah gerak dah kapalnya... dah sampai Malaysia la apa kononnya..alih2 dapat facemask aje..hemmm penat tunggu dua minggu..kihkihkih...tapi tak pe kat Shopee boleh refund, so duit tak burn...cuma rugi masa menunggu ajelah. 

Kuali tu kononnya sistur nak guna untuk shoot video masak2 sistur ni lah..bukan tak de kuali, tapi yang ada tu besar sangat 32cm kalau tak silap..so bila nak masak sikit tu cam tak best la kan..haha biasalah orang perempuan ni kan fancy sikit..hihi. So sistur beli ajelah yang mur-mur dekat Mr. DIY..tak de la mur mana RM49.90, saiz 28cm..tapi tak de penutup..boleh je la kan ..ada rezeki nanti kita upgrade pulak.

Dah alang-alang ada kuali baru ni, sistur nak share lah tip tentang penggunaan kuali/periuk non-stick yang baru. Ni cara untuk kuali/periuk jenis non-stick ya, kalau iron cast lain caranya. Sebelum guna kuali/periuk ni kena season dulu. Season tu bukan kena letak garam & perasa ke apa..tapi sejenis teknik penyediaan kuali/periuk sebelum digunakan

Sistur terangkan dulu tujuan kita season kuali /periuk sebelum digunakan.

1) Menutup atau merapatkan lubang-lubang kecil atau liang-liang pada permukaan kuali/periuk. 
  • Lubang atau liang ni tak dapat dilihat dengan mata kasar. Lubang/liang ni terbentuk mungkin disebabkan oleh proses 'finishing' yang kurang sempurna. Bila lubang / liang ni tak betul-betul rapat, makanan akan termasuk kedalam lubang/liang. ini yang menyebabkan makanan melekat pada kuali
  • ia juga dapat membantu mengurangkan penggunaan minyak yang banyak
2) Memanjangkan jangka hayat peralatan
  • Minyak yang kita sapu pada kuali/periuk semasa proses 'season' akan menjadi lapisan pelindung terhadap pengoksidaan. Pengoksidaan boleh merubah warna permukaan kuali/periuk dan meninggalkan kesan yang kurang sedap dipandang
Ok dah tau tujuan, barulah kita buat. Cara untuk 'season' kuali/periuk baru mudah je dan tak ambil masa yang panjang pun. 


Mula-mula kita cuci untuk hilangkan debu-debu atau kotoran yang melekat pada kuali.. Cuci dengan air paip biasa dan juga sabun pencuci pinggan. Jangan gunakan sebarang detergen yang kuat seperti peluntur. Gunakan span yang lembut, jangan guna span kasar atau berus dawai. Cuci bahagian luar, dalam dan juga pemegang. Kemudian bilas. 


Selepas siap cuci keringkan dengan tisu atau tuala dapur. Lap semua bahagian dalam dan luar kuali/periuk


Kemudian panaskan dulu kuali/periuk di atas dapur, nak biar kuali mengembang dulu sesambil tu nak keringkan lebihan-lebihan air yang ada pada kuali/periuk. 


Bila kuali dah panas, masukkan sedikit minyak. Jenis minyak yang disarankan ialah minyak yang agak ringan seperti minyak 'canola' atau 'sunflower'. Gunakan berus, sapukan pada keseluruhan bahagian dalam kuali sehingga ke rim paling atas. 


Kalau tak de berus, jangan bimbang..guna je tisu atau tuala dapur dan tolak tisu/ tuala menggunakan senduk kayu. Pastikan minyak kena pada keseluruhan permukaan dalam kuali/periuk. 

Panaskan minyak dengan api sederhana selama 1-2minit. Kemudian tutup api dan  biarkan sahaja kuali di atas dapur sehingga ia sejuk. Bila kuali dah sejuk, boleh lap lebihan minyak pada kuali.


Ok siap...kuali/periuk dah sedia untuk digunakan. Boleh terus masak atau simpan untuk kegunaan nanti. 

MENGGUNAKAN OVEN

Oh ya, selain season atas dapur, boleh je nak masukkan dalam oven, cuma pastikan jenis periuk tu memang boleh masuk oven lah ye..nanti tak pasal pulak cair dalam tu..oven rosak..dengan kuali/periuk baru pun lebur..naya sungguh la..

Untuk guna oven, basuh dan lap kuali/periuk. Kemudian terus sapu minyak. Panaskan dulu oven selama 10 minit, suhu 150-170c. Kemudian baru masukkan kuali?periuk. Bakar dalam 5 minit, lepas tu tutup suis. Kemudian biarkan dalam oven selama sejam. Keluarkan dan biar sejuk, kemudian lapkan lebihan minyak

Mudah je kan caranya, cuma ambil masa sikit nak sejukkan kuali/periuk tu. Uolls kalau ada beli kuali/periuk baru, boleh la cuba buat macam ni. 

Kalau uolls ada cara lain untuk season kuali/periuk baru, boleh tulis di ruangan komen ya. Kalau ada soalan, jangan segan-segan bertanya. Atau kalau ada petua lain, atau cadangan untuk dikongsikan, silakan ya..Sama-sama kita share ilmu yang bermanfaat

Video Tip Guna Kuali/Periuk Baru sistur ada kongsikan di Youtube sistur. Untuk lebih faham atau lihat cara sistur, boleh klik pada link di bawah



https://youtu.be/CTo-zxv5OI8



xoxo
The Sisters
 




















Comments

Popular Posts