PERMULAAN 2021 & CHEEZY SALTED EGG CRACKERS

Assalamualaikum

Lama sangat tak update kat sini. Last update bulan November 2018..sekarang dah Januari 2021. Masyaallah diam tak diam dah dua tahun tak update blog. Bersawang habisss.,,Masih ada lagi ke yang sudi berkunjung ke blog sistur ni. Insyaallah tahun 2021 sistur nak cuba aktif balik berblog. Moga-moga blog sistur boleh dijadikan rujukan buat sesiapa yang baru nak belajar masak, yang dah tau masak, yang nak cari resipi dan yang mencari idea untuk masak.

Btw harini sistur mula dulu dengan resipi biskut yang lemak-lemak masin berkrim ni. Bertekstur rapuh dan cair dimulut. Sedikit rasa berherba dihujungnya menjadikan biskut ni unik dan tak jemu dimakan. Sesambil menaip ni pun sistur dok mengunyah biskut.


Salted Egg yang sistur guna ni bukan telur masin yang kena rebus tu tau. Sistur gunakan serbuk telur masin. Rasanya ramai dah tau serbuk telur masin ni, dah jadi trend pun sekarang. Ramai yang 
dah jadi pengusaha, menjual serbuk telur masin ni. Macam-macam brand ada. Pilih je yang mana berkenan di hati. Sistur pakai brand Hexa Food. Serbuk Cheese & Dried Parsley pun sistur guna brand yang sama.  Boleh beli kat SINI 


CHEEZY SALTED EGG CRACKERS
Kuantiti hidangan: +-50 keping (bergantung saiz)

Bahan2:
  • 100gram Mentega Tawar
  • 40gram Gula Icing

*sistur tak de gula icing, sistur cuma kisar halus gula perang. Sistur guna sukatan yang sama juga, 40 gram

Pastikan mentega pada suhu bilik. Pukul mentega dan gula sehingga berkrim. Sistur guna hand mixer. Uolls nak guna hand whisk pun boleh. 

  • 4sb Serbuk Telur Masin
  • 3sb Serbuk Keju (cheese powder)

Masukkan serbuk telur masin. Mix sehingga sebati. Kemudian masukkan pula serbuk keju. Mix sehingga rata.

  • 80gram Tepung Gandum
  • 70 gram Tepung Jagung

Masukkan kedua-dua jenis tepung, kemudian kacau guna spatula sehingga sebati. Uli dengan tangan sehingga tiada doh yang tertinggal pada mangkuk.

  • Cling Wrap

Masukkan doh ke dalam cling wrap masukkan doh ke dalam peti sejuk. Biakan doh rehat selama lebih kurang 30 minit

Selepas direhatkan. Keluarkan doh. Boleh mula panaskan oven dengan suhu 170c. 

Taburkan papan pencanai dengan tepung gandum. Bahagi doh kepada 8 bahagian. Ambil 1 bahagian dan kepalkan supaya doh sedikit padat. Kemudian leperkan menggunakan tangan sehingga jadi setebal 0.5mm dan berbentuk bulat bersaiz lebih kurang 4-5 inci. Taburkan tepung dan gelek dengan penggelek supaya doh menjadi rata

*doh agak rapuh, jadi kena tekan dulu dengan tangan. Kalau terus guna penggelek nanti doh cepat pecah

  • Parsley Kering secukupnya

Taburkan parsley kering dan tekan sedikit supaya parsley melekat. Potong doh seperti memotong pizza menjadi 8 bahagian.

  • Straw Minuman

Ambil straw minuman dan buat 2-3 lubang pada setiap keping doh tadi. Ia akan kelihatan seperti kepingan cheese.

  • Tray Pembakar
  • Kertas Pembakar

Sediakan tray pembakar dan alas dengan kertas pembakar. Susun doh ke dalam  tray pembakar. Tak perlu jarak terlalu jauh kerana doh tidak kembang. Untuk lebih mudah memindahkan kepingan doh, gunakan spatula leper yang dicelup sedkit dengan tepung. Bakar selama lebih kurang 10 minit.

Selepas dikeluarkan, biskut sedikit lembut. Biarkan selama 2-3 minit, biskut akan menjadi rangup. Pindahkan ke dalam bekas kedap udara selepas biskut sejuk.

Sistur tak pasti berapa lama biskut ni boleh bertahan, sebab sistur simpan 2 hari je dah habis. Untuk lebih faham boleh tonton video dekat Youtube sistur ya.





Comments

Post a Comment

Popular Posts