Project#82 GULAI NENAS dgn IKAN SEPAT MASIN

Bahan-bahannya:
3-4ekor Ikan Sepat Masin
1/2bj Nenas
1bj Bawang Besar
2ulas Bawang Putih
1/2inci Halia
1bj Lada Besar
(kalau nak pedas boleh guna cili api)
1/2sk Serbuk Kunyit
(boleh juga gunakan kunyit hidup)
1cwn Santan 
Garam
Kiub Ikan Bilis

Caranya;
Gorengkan ikan sepat masin dan ketepikan seketika. Sementara itu, kisar lada besar, bawang merah, halia dan bawang putih. Jika gunakan kunyit hidup masukkan sekali ya. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Jika gunakan kunyit serbuk masukkan bersama ke dalam periuk dan biarkan masak seketika supaya cili betul-betul masak. Nenas dipotong dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kemudian masukkan santan, kiub ikan bilis dan garam. Hati-hati memasukkan garam kerana ikan sepat sudah masin. Masak sehingga air nenas keluar. Jika perlu tambah sedikit air. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Masak sebentar dan kemudian bolehlah diangkat. 

Comments

Popular Posts