Project#81 Asam Rebus Kepala Ikan Jenahak


Bahan-bahannya:
1bhgn Kepala Ikan Jenahak
2-3tangkai Daun Kesum
1bj Lada Hijau
1bj Tomato
Garam

Bahan Kisar:
1bj Bawang Merah
4bj Belimbing Buluh
1bj Cili Besar
* kalau suka pedas boleh gantikan dengan cili api

Bahan lain:
1@2 kuntum Bunga Kantan (belah dua)
3bj Belimbing Buluh (belah dua)
1kpg Asam Keping
Sedikit Serbuk Kunyit

Caranya, masukkan bahan kisar ke dalam kuali bersama bahan lain iaitu bunga kantan, belimbing buluh, asam keping dan serbuk kunyit. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan kepala ikan dan daun kesum serta garam. Tunggu sehingga kepala ikan masak, kemudian barulah masukkan lada hijau dan tomato. Masak sebentar sahaja. Kemudian padamkan api dan boleh dihidangkan.



Comments

Popular Posts