Projek#79 Ayam Goreng Berempah

AYAM GORENG BEREMPAH
1/2ekor Ayam
Garam
Perasa

Bahan Perap:
1bj Bawang Besar
3ulas Bawang Putih
1inci Halia
1/2inci Lengkuas
1btg Serai
1sk  Serbuk Ketumbar
1sk Serbuk Jintan Manis
1sk Serbuk Kunyit

Caranya:
Bersihkan ayam dan lumurkan dengan sedikit garam dan perasa. Ketepikan seketika.
Kisar semua bahan perap sehingga hancur. Lumurkan bahan perapan ke atas ayam tadi dan perap sekurang-kurangnya 1 jam. Selepas diperap,goreng ayam sehingga agak garing. Ia boleh dihidang bersama nasi kukus,  sambal belacandalca sayur mahupun acar jelatah..cubalah


Comments

Popular Posts