Project#78 Kacang Kuda Tumis Berempah

Assalam
Bila petang-petang mula la nak menguyah aje mulut ni.. Kebanyakan kita suka sangat makan kacang terutama bila menonton tv kan. Apakata kalini buat pulak kacang yang berempah dan lembut ni..huu memang sedap la makan sambil tengok tv tu, lembut lemak manis berempah gitu rasa dia. 
KACANG KUDA TUMIS BEREMPAH

250g Kacang Kuda
2tangkai  Daun Kari
3tangkai Cili kering –dipotong serong
*jika tak mahu pedas tak perlu letak
1sk Biji Sawi
1sk Jintan Manis
1sk Jintan Pedas
3-4ulas Bawang Putih (tumbuk)
1sk Serbuk Kunyit
1sk Serbuk Cili
1sb Gula
Sedikit Garam

Caranya:
Kacang kuda hendaklah direndam sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman, kemudian barulah direbus dengan sedikit garam. Rebus sehingga kacang betul-betul empuk atau lembut. Dah siap rebus, toskan airnya dan ketepikan. 
Tumiskan daun kari, cili kering yang dipotong serong, biji sawi, jintan manis dan jintan pedas. Terus dikacau agar tidak hangus. Ketepikan sebentar dan tumiskan pula bawang putih, serbuk kunyit, serbuk cili dan masukkan semula bahan tumis awal tadi.
Masukkan kacang kuda yang telah ditos dan perasakan dengan garam dan gula. Hati-hati menggunakan garam, kerana kacang tadi sudahpun direbus dengan garam. Apabila sudah sebati, bolehlah diangkat dan dihidang..
Selamat mencuba

Comments

Popular Posts