Project#72 Salted Caramel & Caramel
Bahan-bahannya:-
1cwn Gula Putih
6sb Butter (suhu bilik)
1/2cwn Heavy Whipping Cream -suhu bilik(boleh ditukar dengan santan pekat)
½@1sk Garam
*untuk sos caramel biasa, masukkan 1/2sk garam sahaja
*untuk Salted Caramel masukkan 1-1 1/2sk garam
Masukkan gula ke dalam non stick pan dan ratakan. Buka api sederhana besar dan biarkan gula cair. Kemudian kecilkan sedikitapi dan kacau sedikit gula tersebut dan biarkan sehingga sedikit perang. Alihkan pan ketepi dan masukkan butter. Gula akanberbuih. Kacau sehingga butter larut. Masukkan whipping cream/santan dan garam. Kacau sebati. Masak semula adunan tadidengan api sederhana sambil dikacau, selama lebih kurang 20-30saat. Adunan akan jadi sedikit likat. Tutup api dan alihkan pan.Boleh dinikmati dengan brownies, kek, aiskrim atau apa sahaja kegemaran anda. Sos ini akan jadi lebih likat atau sedikit kerasapabila telah sejuk. Panaskan semula sebelum digunakan. Simpan sos ke dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama…
..Selamat Mencuba…
Comments
Post a Comment