Project#80 Keria Gula Melaka







Kuih Keria
250g Keledek Oren
2sb Tepung Ubi
1 1/2cwn Tepung Gandum
Sedikit Garam

Caranya:
Keledek dipotong kiub dan direbus dengan sedikit garam (saya gunakan garam kasar). Rebus sehingga empuk. Apabila sudah empuk, keluarkan dan toskan. Terus lenyek sehingga hancur ketika masih panas. Ketepikan sementara dan biarkan sejuk sebentar. Kemudian, tambahkan tepung ubi dan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh lembut (masih agak melekat di tangan). Sapu tepung pada tangan semasa membentuk doh. Taburkan juga tepung pada dulang agar tidak melekat. Jika doh agak sukar dibentuk, tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Apabila siap dibentuk, bolehlah digoreng terendam dalam minyak sederhana panas. Goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan sementara menyediakan sira gula melaka.

Sira Gula Melaka
1ketul Gula Melaka
Air

Masukkan gula melaka dan air ke dalam kuali dan masak sehingga gula melaka larut. Setelah itu, masak lagi sehingga gula menjadi pekat.Sentiasa kacau agar gula tidak hangus. Apabila gula mula nampak seakan bertali (pekat dan melekit), masukkan kuih keria dan kacau sehingga sekata dan sehingga gula agak kering. Padamkan api dan boleh diangkat dan hidangkan.









Comments

Popular Posts